Ke Bulan

4

Suatu ketika dulu, si calon isteri pernah minta aku bawa dia ke bulan. Ya benar, ke bulan! Suasana hatinya pada malam itu sedang dipanah jiwang asmara barangkali sehingga meminta yang bukan-bukan. Bukan dia tidak tahu aku tidak punya roket atau pintu sukahati Doraemon untuk bawakan dia ke sana. Bukan dia tidak tahu berapa kilometer jarak dari Malaysia hendak ke bulan. Bukan dia tidak tahu yang aku ni..keluar dari semenanjung Malaysia pun belum pernah.

Walaupun begitu, aku bukanlah lelaki yang suka mengecewakan para wanita, bukan juga aku lelaki yang menabur janji kosong. Aku katakan pada si calon isteri, boleh, kita boleh ke bulan, tapi tunggulah beberapa hari lagi, beri sedikit masa, untuk kanda bawa dinda ke bulan April. Ayuh!

Even Hero has the right to bleed

4

Jawapan teka-teki bagi entri yang lepas : Hospital Kuala Lumpur. Aku memang tak bagitahu kat semua orang yang  aku 10 hari dimasukkan ke hospital. To be exact, aku sebenanrnya pergi rehabilitasi. Selagi boleh elak, aku elak lah dari bagitahu..jawapan selamat adalah bagitahu aku ada hal dengan ‘government institution’. Tapi bila melibatkan hal kerja memang aku kena inform lah, kang tak pesal-pesal aku dapat surat diberhentikan. Kalau ada yang dah tahu kemudian tanya kenapa aku hospitalize, aku akan bagi satu set jawapan standard : saja nak berkenalan dengan nurse-nurse hok comei. Dan jawapan tu aku akan gunapakai sampai minggu depan.kehkeh.

Tujuan aku buat gitu sebab aku nak privasi. Aku nak rehatkan minda aku sekejap dari hiruk-pikuk kehidupan aku sendiri, memang kalau boleh tak mahu jumpa satu muka pun yang aku kenal buat sementara waktu. Aku amik risiko dituduh sombong dan mengecikkan hati kawan-kawan, tapi nak buat camne..si calon isteri pun nangis-nangis sendu aku tak bagi datang melawat, nasib baiklah kemudian dia faham dan respek kemahuan aku.  Minta maaf juga pada kawan-kawan yang aku tak jawab panggilan dan sms-sms yang tak berbalas, atau kalau balas pun dengan set jawapan standard.Even hero has the right to bleed ye tak,kehkeh.

Sekarang ni aku okay, okaylah kut..i do what i got to do. Tadi aku cakap nurse comel tu bukan saja-saja, nurse memang comel habaq ang. Ada sorang macam Tiz Zaqyah..terkejut jugak pagi-pagi bangun Tiz Zaqyah suruh mandi..kalau ikutkan hati memang mahu saja aku buat liat nak bangun supaya Tiz Zaqyah kejut lebih lama tapi …tapi..tapi..kang dia cucuk aku dengan jarum pulak. Taktik liat nak bangun ni aku fikir dah kahwin nanti aku buatlah kat isteri,  buat masa sekarang ni takpelah tak payah nak gedik sangat kang orang tak suka.kehkeh.

Selamat Pagi

4

Sejak seminggu lepas setiap hari ada gadis-gadis muda yang akan kejutkan aku bangun tidur. Cuba teka aku di mana?

Syurga belum lagi jawapannya.

Tak ada yang lama tak ada yang baru

3

Setiap kali ada benda baru yang bagus, orang lama akan cepat-cepat amik nama dengan melaungkan “tak ada yang lama..tak ada yang baru”..ataupun “ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi”…selagi boleh enterframe selagi tu lah mahu enterframe, dan orang yang baru ni akan bagi ruang sambil angguk-angguk menghormati.

Tapi bila berlaku benda yang kurang elok, orang lama akan mengutuk, mengata orang baru ni teruk teruk teruk dan teruk, manambahkan lagi perisa, langsung takde terdengar “tak ada yang lama..tak ada yang baru”..ataupun “ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi”..seakan lari sorok-sorok melepas tanggungjawab, yang sebenarnya di tangan mereka lah si baru ni dicorak..

Cermin

7

Tadi si makwe tanyakan aku perkara yang aku dah tahu pasal diri dia, aku pun meleret-leret senaraikan, termasuklah dia jenis makan nasi tak habis dan minat polka dot, yang selebihnya tak payahlah aku beritahu kat sini sebab ini blog fndrocka.com bukan blog simakwe.com..so tak payah nak cerita pasal dia sangat.kehkeh. Kemudian, ni pulak aku senaraikan jawapan spontan dia bila aku tanyakan soalan yang sama.

1. Suka menyindir (eleh…)

2.Secretive (aku setuju, tapi takdelah aku secretive sangat, klau tak..takdelah aku tulis benda ni kat sini ye tak, aku secretive and expressive jugak)

3.Suka melayan perempuan (kahkahkah! Ini memang tak boleh blah..ini memang tak boleh blah..aku punyalah sombong dengan perempuan..kehkeh)

4. Baik (tehehe)

5. Suka beli baju ( setuju)

6. Gemar pakai topi untuk sembunyikan perasaan (nak sembunyikan rambut yang serabai jugak sebenarnya)

7. Jenis tak berkira (aku memang tak pandai matematik, tapi sapa yang ada berhutang dengan aku silalah langsaikan hehe)

8.Sayang makwe (amboii)

9. Redha dan mudah menerima,tak cukup fighter (yelah..yelah…kamu sorang je lah yang fighter)

10. Gila membaca (sila lawat akuadebuku.blogspot.com ya ! )

11. Malas kemas bilik (bilik aku kan pandai berdikari, pandailah dia kemas diri sendiri)

Dari senarai jawapan yang diberi di atas, ada jawapan yang si makwe dapat dari proses mengenali aku, dan ada jawapan si makwe kopipes dari apa yang aku pernah cakap dan blog. Memandangkan ini adalah spontan, jadi jangan gunakan jawapan-jawapan ni untuk membuat sebarang hipotesis. Untuk benar-benar mengenali, memahami dan menerima, ianya adalah satu perjalanan yang panjang dan berterusan.Cuma yang peliknya.,semasa si makwe terkulat-kulat menjawab soalan tu, kenapa si makwe tak sebutkan perkara-perkara obvious seperti hensem dan kacak? Menawan dan seksi?tough dan sasa?

Go to Top