19/02/2012 Malacca

1.Aku tak tahu nak bagi tajuk mende kat entri ni, tu pasal aku bubuh tarikh je, senang mudah dan tak habis sel otak aku nak memikirkannya.
2. Aku bangun pagi-pagi, betul punya pagi, sebab sakit perut…betul punya sakit perut.
3. Alang-alang dah bangun pagi, aku pergi pasaraya sekejap membeli barangan keperluan, penyangkut baju misalnya.
4. Aku beli penyangkut baju sebab dah sakit mata aku campak baju ikut sukahati,lagipun baju aku dah bertambah banyak.
5.Kalau ikutkan tentatif program, aku dengan beberapa kawan lain berhajat mahu naik hot air ballon kat Putrajaya.
6. Sebelum ke Putrajaya pulak, sepatutnya ke bengkel kereta dahulu sebab nak selesaikan beberapa hal tertunggak, tapi celah mana lak bengkel bukak hari Ahad ye ta tak.
7. Aku tunggu kawan aku lama sangat, aku layan dulu drama Vanilla Coklat kat youtube, ramai budak fb kata sweet ceritanya..sempat tengok episod 1 je, episod 2,3,4 dan seterusnya aku tak jumpa.
8. Perut masih sakit, aku guling atas katil sampai tertidur, kemudian dapat panggilan dari ahli yang nak naik belon.
9.Cincai kira, tengahari jugaklah gerak ke Putrajaya dengan dua buah kereta.
10. Dalam perjalanan tu sebenarnya aku dah dspat ura-ura yang mende belon belon tu dah habis hari sabtu, so aku gelak dulu puas-puas sebelum sampai Putrajaya.
11. Sampai Putrajaya kitaorang gelakkan lagi diri memasing sebab memang belon tu dah takde.
12. Singgah ke Masjid Besi, sebab nak solat satu hal, lagi satu sebab perjuangan perut aku belum selesai.
13. Lepas solat semua, berkumpullah kami mikirkan nak ke mana jadahnya ni…nak cover balik tak dapat naik belon ngalahkan budak budak.
14. Sorang petik nak ke Genting.
15.Sorang petik nak berkaraoke kat Alamanda.
16. Sorang petik tengok wayang dan main bowling kat Mid Valley.
17. Yang petik nak ke Port Dickson pun ada.
18. Aku petik gi Melaka main bowling, karaoke, tengok wayang. Kombo. Ini lah yang dipilih sebulat suara dengan syarat naik satu kereta sahaja.
19. Ahli kami pun ada sorang budak Melaka, selok belok Melaka dia memang Champion.
20. Satu lagi kereta parking kat Masjid.
21. Sampai Melaka aku sms sorang blogger yang garang tapi manis yang sedang belajar kat Melaka.
22. Kebetulan dia pun memang ada kat tempat yang kami nak tuju. Kebetulan atau suratan tu aku tak pastilah sangat.
23.Beli tiket wayang Ghost Rider 2 yang 3D.
24. Gi foodcourt, aku tengok-tengok makanan je. Sebab perut meragam, dan sebab takut tak sempat jumpa blogger yang garang tapi ada manisnya.
25. Berdebar jumpa blogger tersebut, agak kekok, sebab jumpa gitu gitu je nak lekas, nak duduk pun takde tempat.
26. Excited sampai lupa nak mintak autograf.
27. Tengok ghost rider, boleh tahanlah dapat layan 3D.
28. Pergi lawat al-ikhsan, niat nak cari jersi Malaysia…staff tu kata dah habis, stok baru belum sampai.
29.Ketat ketat sungguh bebudak al-ikhsan ni pakai seluar, takut saya dibuatnya, tapi saya lawan jugak rasa takut tu sebab nak beli baju.
30. Selesai beli baju pergi mengadap main bowling pulak. Patutlah aku kena beli penyangkut baju, sebab aku selalu beli baju.
31. Bowling.Dua round main, dua-dua mata aku tak cecah 100, tension aku…sudahnya aku main fesbuk sekejap kat situ.
32. Walaupun kalah, aku boleh jadikan sakit perut sebagai alasan, ye tak?
33. Dipendekkan lagi cerita, pergi karaoke pulak.
34. Sejak akhir akhir ni aku rasa suara aku macam basah basah sikit, so aku pilih lagu Spider lah sebagai pembuka selera.
35. Pastu ada jugak aku try lagu ziana zain korban cinta, separuh je layan pastu terus stop pasal bunyi dah macam mintak penampar.
36. Pendekkan lagi cerita, kami dah decide nak balik, yakni kembali ke Putrajaya untuk ambik lagi sebijik kereta.
37. Sampai kat Masjid tu, parking semua bagai dah tutup, maka mencarilah security untuk membukakan pagar bagai.
38. Sedar tak sedar, sebenarnya hari ni aku tak makan nasi.
39. Lebih kurang sebelum pukul 2 tadi aku sampailah rumah.
40. Sekarang ni aku tengah fikir, nak mandi sekarang ke,atau mandi pagi karang je.
41. Susah nak jumpa perempuan chinese yang tak pakai seluar pendek kat Mall.
42. Awal bulan depan kitaorang akan ke Melaka lagi, aktiviti air pulak.
43. Nak harapkan aktiviti udara, kempunan diri ini dibuatnya…hamjadah punya belon.
kemain lagi rentetan perjalanan