Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.. =)
Dalam sebuah cerpen bersiri tulisan fndrocka (2010) berjudul ‘Hidup yang sekret’ ada menyatakan bahawa nafsu untuk memiliki adalah tidak sama dengan mencintai. Frasa itu disampaikan oleh watak Ain iaitu seorang heroin yang menolak lamaran kekasih lamanya bernama Shahir untuk menjadi isteri kedua. Menerusi cerita tu, Ain berjaya membezakan yang mana cinta dan yang mana perasaan atau nafsu untuk memiliki. Namun dalam cerpen bersiri tu takde pulak dijelaskan dengan lebih lanjut tentang hal itu, jadi aku rasa aku nak mengulas sikit. Boleh?
Begini, setiap manusia ada perasaan untuk memiliki, setiap manusia juga ada perasaan untuk mencintai. Kadang ada yang bercampur, kadang perasaan untuk mencintai itu lebih dominan daripada memiliki. Kadang jadi sebaliknya. Yang sebaliknya tu lah yang perlu kita berwaspada, yakni perasaan mahu memiliki melebihi perasaan cinta..itu lah yang jiwa jadi tak tenteram.
Orang yang merasakan dirinya amat amat bagus berbanding orang lain biasanya perasaan mahu memiliki dia kemain menaik sampai terlupa untuk mencintai. Selalunya orang yang merasakan dirinya hehbat ni mungkin anak orang kaya, mungkin orang yang ada dikurniakan rupa paras yang menarik, mungkin pintar dari segi akademik atau pintar berkata-kata, biasanya dorang terlalu sayang dan cinta pada diri mereka dan menggangap orang lain juga perlu sayang dan cinta pada mereka. Pendek kata..poyo.
Seorang yang kaya misalnya, pantang nampak barang yang dia mampu beli, dia akan beli. Sekadar untuk memuaskan hati dia. Menunjukkan pada orang yang dia mampu. Untuk merasa bangga dan dijadikan pameran. Dia lupa untuk menghargai dan mencintai apa yang dia perolehi. Bila jumpa wanita yang dia suka, dia akan mendapatkan wanita itu untuk menjadi hakmiliknya, tanpa mengira apa perasaan wanita itu. Kemudian bila dia berjumpa lagi dengan wanita yang dia suka, dia akan mendapatkan wanita itu untuk menjadi hakmiliknya. Bukankah aku dah kata dia merasakan dirinya hehbat dan semua harus menyayanginya. Harus memiliki.
Berbanding dengan mencintai, orang yang merasa cinta akan lebih menghargai orang yang dicintai. Dia akan membiarkan rasa cintanya terus hidup, kemudian datang pula perasaan untuk memiliki. Dengan rasa cinta yang dominan, rasa untuk memiliki tu akan aman dan membahagiakan. Kalau perasaan untuk memiliki melebihi cinta, ianya akan jadi seperti sebuah permainan sukan atau aktiviti membeli blah.haha. Sebenarnya aku tak perlu tulis dengan panjang lebar mengenai perkara ni, korang lebih tahu ye dak. Di fesbuk aku ada terbaca status seorang perempuan comel tapi monyok yang aku rasakan ngam dengan entri ni..katanya..”Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.. =) “

cinta sejati?
wujud lgi ke cinta sejati?
huhu