Rawak

Sekarang ni kawasan sekitar aku ni sedang dilanda hujan, dalam aku nak tunggu hujan tu reda dan pulang ke rumah, aku ingat nak tulis sikit perkara perkara rawak yang tak berapa penting.
Contoh perkara rawak yang tidak penting adalah seperti jadual kerja aku. Untuk februari ni jadual kerja aku sedikit istimewa sebab aku dah adjust supaya aku kerja sekejap, kemudian cuti sehari, kemudian kerja sehari, dan kemudian kerja sehari, kemudian kerja dua hari, kemudian cuti semula. Sistem ni aku namakan sebagai sistem cuti longkang.
Aku ni jenis yang tak suka bercuti panjang sangat, takut jadi kurang produktif.
Aku ingat nak mula main sukan lah tahun ni, target aku adalah untuk wakil Malaysia lah, cuma sukan apa yang dimainkan tu aku belum pastikan lagi. Sukan lumba jet barangkali sesuai untuk aku.
Tadi aku nampak sorang lelaki baca buku Ramlee Awang Mursyid, aku pun tanyalah sama ada dia pernah baca buku Andrea Hirata ke tak. Dia jawab “tu nama penulis ke tajuk buku?”.
Semalam aku beli pelampung, aku tiup lepas tu aku letak atas katil…aku lantik dia jadi bantal peluk aku. Steady tak? Tapi pelampung yang bulat biasa tu je la, bukan pelampung itik,
Dulu kalau aku tak siap kerja sekolah subjek penulisan, alasan aku adalah tak bawak buku. Sekarang kalau orang tak tanya kenapa lama tak update belog..alasan aku adalah sibuk. Kedua dua alasan adalah diragui kebenarannya.
Dah dekat sebulan aku nak habiskan buku The lost symbols, masih tak berjaya. Akhir akhir ni aku kurang membaca buku tapi banyak membaca manusia.
Sekarang aku ada 2 talipon bimbit dengan satu simkad, simkad yang satu lagi dah ditamatkan perkhidmatan sebab dah lama tak topup.
Rupa-rupanya time hujan idea lebih mudah berkembang. Aku rasa kalau aku ada masalah lepasni, aku nak simpan dulu…kalau hujan baru aku nak fikirkan. Ataupun kalau korang tanyakan soalan yang komplikated dan susah aku nak jawab, aku akan jawab time hujan.
Kat rumah aku tak hujan pun -_-”