tulisan yang ditulis dengan kejujuran tu sangatlah tajam dan mengesankan, walaupun ditulis tanpa skill ataupun sasterastik. Sebuah hasil tulisan 100 muka surat yang ada kesenian pun akan kalah jugak pada hasil tulisan semuka surat yang ditulis dengan kejujuran mutlak.

tadi lepas aku baca satu komen ringkas dan seorang kawan lama, aku terjatuh, dari satu anak tangga ke anak tangga yang membawa aku ke kisah silam. ketika aku rabun melihat kehidupan, dalam mencari kekuatan..rupanya aku turut terlepas sesuatu yang indah.

lalu, aku menyumpahi diri aku dalam bahasa inggeris, berulang kali. Kerana selama ini aku tak sedari rupa-rupanya, dalam kisah hidup aku ni, ada muka surat yang aku terselang, dek mengejar bab hadapan.oh fuckingĀ  hell.

buat kamu, Minta maaf, Aku mohon tulus dari hati.